Saturday, May 2, 2009

LAWATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA DAN KELAB BIMBINGAN KERJAYA

Pada 17-19 April 2009 Lawatan Sambil Belajar PRS & Kelab Bimbingan Kerjaya telah diadakan, iaitu ke Kuala Terengganu. Antara tempat-tempat lawatan ialah Rumah Tunas Harapan Hilmi di Teluk Ketapang, Taman Tamadun Islam, Muzim Negeri Terengganu, Masjid Kristal , Pemandangan Pantai Batu Buruk, Pantai Teluk Ketapang dan Pasar Payang. Antara kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah rombongan lawatan sempat melihat bagaimana Proses Sedut Pasir Laut untuk Menambak Lapangan Terbang Kuala Terengganu serta dapat melihat "Bas Bandar" berbumbung bentuk rumah Melayu. Ahli Rombongan juga sempat minum di Restoran Gelas Besar dan membeli keropok rebus di Teluk Ketapang.

No comments:

Post a Comment