Wednesday, May 20, 2009

Lawatan Rombongan Madarasah Thasanawiyah Negeri, Padang Indonesia

Pada 18 Mei 2009, jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari seramai 24 orang Guru-guru dari Madarasah Thasanawiyah Negeri, Padang Indonesia. Ketibaan rombongan lawatan disambut dengan paluan kompang dan dua buah lagu oleh kumpulan nasyid Mirwarna. Seterusnya ahli-ahli rombongan ini di bawa ke Bilik Al Marbawi untuk beberapa ucapan, tayangan multimedia dan sesi soal jawab. Selepas itu pasukan lawatan ini di bawa melawat di beberapa lokasi iaitu Bilik Bimbingan Dan Kaunseling, Bilik Kokurikulum, Bilik Pusat Sumber, Makmal Komputer, Masjid dan asrama Bolk HI dan KL. Seterus majlis sambutan di akhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengahari di kantin sekolah.

Saturday, May 2, 2009

LAWATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA DAN KELAB BIMBINGAN KERJAYA

Pada 17-19 April 2009 Lawatan Sambil Belajar PRS & Kelab Bimbingan Kerjaya telah diadakan, iaitu ke Kuala Terengganu. Antara tempat-tempat lawatan ialah Rumah Tunas Harapan Hilmi di Teluk Ketapang, Taman Tamadun Islam, Muzim Negeri Terengganu, Masjid Kristal , Pemandangan Pantai Batu Buruk, Pantai Teluk Ketapang dan Pasar Payang. Antara kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah rombongan lawatan sempat melihat bagaimana Proses Sedut Pasir Laut untuk Menambak Lapangan Terbang Kuala Terengganu serta dapat melihat "Bas Bandar" berbumbung bentuk rumah Melayu. Ahli Rombongan juga sempat minum di Restoran Gelas Besar dan membeli keropok rebus di Teluk Ketapang.

LADAP KE 4

Sekali lagi LADAP ke 4 di teruskan dengan Tajuk " Perjawatan Guru" oleh En Abdul Rahman B Hashim Penolong Setiausaha Bahagian Kementerian Sumber dan Manusia diadakan pada 30 April 2009 di Bilik Marbawi SMKA Mahaad Hamidiah pada jam 2.30-4.30 petang.

Friday, May 1, 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)

Pada 28 April 2009 Latihan Dalam Perkhidmatan telah diadakan di Bilik Al Marbawi SMKA Maahad Hamidiah telah diadakan pada jam 2.30 -4.30 petang dengan tajuk "Kajian Tindakan ". GBKSM telah diamanahkan untuk menyampaikan slot ini. Mudah-mudahan "in put" ini dapat membantu rakan-rakan guru. Selain dari itu Ujian Personaliti "Stres" juga telah diadakan bagi mengetahui dan merenung tahap stres Katogeri A atau B di kalangan guru-guru.