Saturday, January 16, 2010

PROGRAM MINGGU TARBIAH WAL QIADAH TINGKATAN 1, PMD TGKT 2,3,5 & 6 ATAS DAN MINGGU HALUAN PELAJAR TINGKATAN 4

MINGGU TARBIAH WAL QIADAH TINGKATAN 1
Sesi Persekolahan Tahun 2010 bermula pada 4 Januari 2010. Namun Pendaftran dan Perasmian Minggu Tarbiah Wal Qiadah bermula pada 3 Januari 2010.
Program Minggu Tarbiah Wal Qiadah dilaksanakan selama 6 hari iaitu berakhir pada hari Sabtu . Pelbagai pengisian dan aktiviti telah diadakan iaitu slot Disiplin, Kokurikulum, PBS, PSS, Teknik Belajar, Menangani Stress, Alam Baru, Lagu sekolah, Mengenali Potensi Diri, Keselamatan & Kesihatan ,Keceriaan & Kebersihan Dan Pelbagai LDK. Perasmian Penutupnya telah diadalan oleh Tn Hj Sahlan Bin Saharudin YDP PIBG SMKA Maahad Hamidiah.

PROGRAM MAJU DIRI TINGKATAN 2,3,5 & 6 Atas
Program ini diadakan pada 11& 12 Januari 2010 pada hari Isnin dan Selasa. Terima kasih kepada semua guru-guru yang telah memberikan kerjasama.

PROGRAM MINGGU HALUAN PELAJAR TINGKATAN 4
Program ini telah dilaksanakan selama 3 hari iaitu mulai 13 Januari 2010 hingga 15 Januari 2010
Antara pengisian yang telah dilaksanakan ialah Ujian Personaliti SDS & IPS, Teknik Belajar, Penataran, Kokurikulum, Bersama Guru Cemerlang, Pemantapan Sahsiah, Keindahan Alam ini, Kesempurnaan Sembelihan dan Praktikal Sembelihan. Program ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Ibrahim Bin Yunus, Pengetua SMKA Maahad Hamidiah.