Friday, April 23, 2010

PELAKSANAAN AKTIVITI DAN PROGRAM UBK SEHINGGA APRIL 2010

Seperti biasa pelbagai aktiviti dan program telahdilaksanakan . Antaranya ialah:-
a) Program Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni.
b) Penyerahan dan Perjumpaan Rasmi Abi Wa Ummi
c) Urient test oleh ADK
d) Minggu Unit Bimbingan Dan Kaunseling
e) Program 5 Minit Bersama PRS

Saturday, January 16, 2010

PROGRAM MINGGU TARBIAH WAL QIADAH TINGKATAN 1, PMD TGKT 2,3,5 & 6 ATAS DAN MINGGU HALUAN PELAJAR TINGKATAN 4

MINGGU TARBIAH WAL QIADAH TINGKATAN 1
Sesi Persekolahan Tahun 2010 bermula pada 4 Januari 2010. Namun Pendaftran dan Perasmian Minggu Tarbiah Wal Qiadah bermula pada 3 Januari 2010.
Program Minggu Tarbiah Wal Qiadah dilaksanakan selama 6 hari iaitu berakhir pada hari Sabtu . Pelbagai pengisian dan aktiviti telah diadakan iaitu slot Disiplin, Kokurikulum, PBS, PSS, Teknik Belajar, Menangani Stress, Alam Baru, Lagu sekolah, Mengenali Potensi Diri, Keselamatan & Kesihatan ,Keceriaan & Kebersihan Dan Pelbagai LDK. Perasmian Penutupnya telah diadalan oleh Tn Hj Sahlan Bin Saharudin YDP PIBG SMKA Maahad Hamidiah.

PROGRAM MAJU DIRI TINGKATAN 2,3,5 & 6 Atas
Program ini diadakan pada 11& 12 Januari 2010 pada hari Isnin dan Selasa. Terima kasih kepada semua guru-guru yang telah memberikan kerjasama.

PROGRAM MINGGU HALUAN PELAJAR TINGKATAN 4
Program ini telah dilaksanakan selama 3 hari iaitu mulai 13 Januari 2010 hingga 15 Januari 2010
Antara pengisian yang telah dilaksanakan ialah Ujian Personaliti SDS & IPS, Teknik Belajar, Penataran, Kokurikulum, Bersama Guru Cemerlang, Pemantapan Sahsiah, Keindahan Alam ini, Kesempurnaan Sembelihan dan Praktikal Sembelihan. Program ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Ibrahim Bin Yunus, Pengetua SMKA Maahad Hamidiah.

Wednesday, December 16, 2009

KEJAYAAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Anugerah Hari Kualiti Peringkat Sekolah telah diadakan pada 23 Oktober 2009 dan syukur pada Allah Unit Bimbingan dan Kaunseling telah dianugerahkan penghargaan Kategori Emas dalam Unit HEM. Hadiah yang diberikan ialah Sijik Penghargaan dan Sebuah Hamper. Jutaan terima kasih kepada semua pentadbir dan semua yang terlibat dalam penghargaan ini.

Monday, November 23, 2009

Terma kasih kepada PPD & KPM

Pengalaman membina modul Perkhidmatan Kaunseling Berfokus KPM adalah satu lagi pengalaman sejarah hidup. Dari P.Pangkor ke Faderal Hotel, seterusnya ke Seri Costa Melaka kemudian ke GMI dan akhirnya kembali semula ke Federal Hotel untuk membuat pembentangan Modul Bidang Disiplin: Penyelewengan seksual. Terima kasih kepa En Abdul Aziz PPD Dan En Abdul Rahim KPM di atas peluang yang telah diberikan.

Saturday, September 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

UBK serta PRS SMKA Mahaad Hamidiah mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada semua warga SMKA Maahad Hamidiah dan juga semua rakan-rakan tidak kira di mana berada. Semoga lebaran tahun inin diberkati Allah.

Tuesday, July 28, 2009

MESYUARAT PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Pada 20-23 Julai 2009 Mesyuarat Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling telah diadakan di Coral Bay Resort Pulau Pangkor. seramai 73 orang GBKSM Daerah Hulu Langat menghadiri mesyuarat tersebut. Sepanjang mesyuarat tersebut Pembinaan Mudul Kaunseling Berfokus telaha diadakan dan dihasilkan. Ianya amat bermanafaat.

Friday, July 10, 2009

PROGRAM KEM SOLEH9 BERSAMA ALUMNI

Pada 4-5 Julai UBK sekali mengadakan Program SOLEH9 Pelajar-Pelajar Tingkatan 2 bersama Alumni. Objektif program ini adalah untuk mengenal potensi diri serta menanam sifat sayang sekolah. Seramai 35 orang Alumni telah bersama-sama menjadi urusetia dan fasilitaor untuk menjayakan program ini.