Wednesday, December 16, 2009

KEJAYAAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Anugerah Hari Kualiti Peringkat Sekolah telah diadakan pada 23 Oktober 2009 dan syukur pada Allah Unit Bimbingan dan Kaunseling telah dianugerahkan penghargaan Kategori Emas dalam Unit HEM. Hadiah yang diberikan ialah Sijik Penghargaan dan Sebuah Hamper. Jutaan terima kasih kepada semua pentadbir dan semua yang terlibat dalam penghargaan ini.

Monday, November 23, 2009

Terma kasih kepada PPD & KPM

Pengalaman membina modul Perkhidmatan Kaunseling Berfokus KPM adalah satu lagi pengalaman sejarah hidup. Dari P.Pangkor ke Faderal Hotel, seterusnya ke Seri Costa Melaka kemudian ke GMI dan akhirnya kembali semula ke Federal Hotel untuk membuat pembentangan Modul Bidang Disiplin: Penyelewengan seksual. Terima kasih kepa En Abdul Aziz PPD Dan En Abdul Rahim KPM di atas peluang yang telah diberikan.

Saturday, September 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

UBK serta PRS SMKA Mahaad Hamidiah mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada semua warga SMKA Maahad Hamidiah dan juga semua rakan-rakan tidak kira di mana berada. Semoga lebaran tahun inin diberkati Allah.

Tuesday, July 28, 2009

MESYUARAT PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Pada 20-23 Julai 2009 Mesyuarat Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling telah diadakan di Coral Bay Resort Pulau Pangkor. seramai 73 orang GBKSM Daerah Hulu Langat menghadiri mesyuarat tersebut. Sepanjang mesyuarat tersebut Pembinaan Mudul Kaunseling Berfokus telaha diadakan dan dihasilkan. Ianya amat bermanafaat.

Friday, July 10, 2009

PROGRAM KEM SOLEH9 BERSAMA ALUMNI

Pada 4-5 Julai UBK sekali mengadakan Program SOLEH9 Pelajar-Pelajar Tingkatan 2 bersama Alumni. Objektif program ini adalah untuk mengenal potensi diri serta menanam sifat sayang sekolah. Seramai 35 orang Alumni telah bersama-sama menjadi urusetia dan fasilitaor untuk menjayakan program ini.

Wednesday, June 24, 2009

Sekali Lagi Diberi Tanggungjawab Menjadi Fasilitator AKMA 2009

Unit HEM Jabatan Pelajaran Negeri Selangor buat kali Ke 4 memberi tanggungjawab menjadi Fasilitator Anugerah Kepimpinan Murid Asrama Harian Peringkat Kebangsaan 2009 kepada Pn Sapiah Hj Yunos mewakili Kontigen Negeri Selangor pada 8-12 Jun 2009 di Eagle Park Resort, Jalan Mata Ayer, Perlis.

Wednesday, May 20, 2009

Lawatan Rombongan Madarasah Thasanawiyah Negeri, Padang Indonesia

Pada 18 Mei 2009, jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari seramai 24 orang Guru-guru dari Madarasah Thasanawiyah Negeri, Padang Indonesia. Ketibaan rombongan lawatan disambut dengan paluan kompang dan dua buah lagu oleh kumpulan nasyid Mirwarna. Seterusnya ahli-ahli rombongan ini di bawa ke Bilik Al Marbawi untuk beberapa ucapan, tayangan multimedia dan sesi soal jawab. Selepas itu pasukan lawatan ini di bawa melawat di beberapa lokasi iaitu Bilik Bimbingan Dan Kaunseling, Bilik Kokurikulum, Bilik Pusat Sumber, Makmal Komputer, Masjid dan asrama Bolk HI dan KL. Seterus majlis sambutan di akhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengahari di kantin sekolah.

Saturday, May 2, 2009

LAWATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA DAN KELAB BIMBINGAN KERJAYA

Pada 17-19 April 2009 Lawatan Sambil Belajar PRS & Kelab Bimbingan Kerjaya telah diadakan, iaitu ke Kuala Terengganu. Antara tempat-tempat lawatan ialah Rumah Tunas Harapan Hilmi di Teluk Ketapang, Taman Tamadun Islam, Muzim Negeri Terengganu, Masjid Kristal , Pemandangan Pantai Batu Buruk, Pantai Teluk Ketapang dan Pasar Payang. Antara kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah rombongan lawatan sempat melihat bagaimana Proses Sedut Pasir Laut untuk Menambak Lapangan Terbang Kuala Terengganu serta dapat melihat "Bas Bandar" berbumbung bentuk rumah Melayu. Ahli Rombongan juga sempat minum di Restoran Gelas Besar dan membeli keropok rebus di Teluk Ketapang.

LADAP KE 4

Sekali lagi LADAP ke 4 di teruskan dengan Tajuk " Perjawatan Guru" oleh En Abdul Rahman B Hashim Penolong Setiausaha Bahagian Kementerian Sumber dan Manusia diadakan pada 30 April 2009 di Bilik Marbawi SMKA Mahaad Hamidiah pada jam 2.30-4.30 petang.

Friday, May 1, 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)

Pada 28 April 2009 Latihan Dalam Perkhidmatan telah diadakan di Bilik Al Marbawi SMKA Maahad Hamidiah telah diadakan pada jam 2.30 -4.30 petang dengan tajuk "Kajian Tindakan ". GBKSM telah diamanahkan untuk menyampaikan slot ini. Mudah-mudahan "in put" ini dapat membantu rakan-rakan guru. Selain dari itu Ujian Personaliti "Stres" juga telah diadakan bagi mengetahui dan merenung tahap stres Katogeri A atau B di kalangan guru-guru.

Thursday, April 23, 2009

PERTANDINGAN KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA

Pada 15 April Pertandingan Karnival Pendidikan Kerjaya peringkat Daerah Hulu Langat telah di KUIS, Banadr Seri Putera. SMKA Mahaad Hamidiah telah menyertai semua kategori yang di pertandingkan. Namun rezeki kejayaan hanya menyebelahi untuk pertandingan Membina Blog - Johan dan Pertandingan Media Maklumat Kerjaya- Tempat Ke tiga. Pihak UBK perlu mengadakan postmortem untuk kejayaan di tahun tahun akan datang.

Friday, April 10, 2009

PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU

Pada 12 -15 Mac Perkampungan Ilmu Modul Bina Insan telah diadakan untuk Tingkatan 5 & 6 Atas telah diadakan di Institut Latihan Islam Maysia (ILIM) anjuran bersama pihak ILIM dan SMKA Maahad Hamidiah . Semua pelajar diwajibkan hadir.
Pelbagai aktiviti telah diadakan, di antaranya ialah pengisian kecemerlangan sahsiah dan akademik.

Wednesday, March 25, 2009

Minggu Orientasi Dan Minggu Tarbiah Wal Qiadah


Slot LDK Team building

Jauh Perjalanan Banyak Pengalaman


Manusia ini ibarat musafir, ada masanya akan berhenti sebentar untuk mencari tempat persinggahan.

Melihat Keindahan Alam Ciptaan Ilaahi


Begitu tenang dan mengkagumi ciptaan Illahi.

DIGITAL BLOG DEVELOPMENT WORKSHOP

Pada 26 mac 2009 satu Bengkel Digital Blodg Spot Development diadakan di KLIUC. Bengkel ini amat manfaat bagi GBKSM bagi menambah ilmu pengetahuan dalam bidang ICT.